Sejarah Penubuhan PKG

         Penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD) iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan 4 buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri(PSPN) di Kedah,Terengganu, Kelantan dan Pahang.

         Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

         Seterusnya pada 26 Julai 1990, PSPD telah dinaik taraf dengan konsep dan peranan yang lebih mencabar. Ia bertukar nama kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah di bina dan 150 buah lagi telah di tempatkan di bangunan sekolah. Perasmian PKG seluruh negeri Melaka disempurnakan di PKG 16 Sebatu pada tarikh tersebut oleh Yang Berbahagia Dr. Arfah Bt. Abd Aziz, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama PSPD bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

         PKG12 Masjid Baru merupakan salah sebuah daripada 367 buah PKG yang terdapat di Malaysia dan di antara 16 buah PKG yang terdapat di negeri Melaka.