Visi dan Misi

Visi:
Wujudnya budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah

Misi:
Membina dan mengekalkan budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan secara kreatif dikalangan guru dan pelajar di setiap sekolah bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Konsep:
PKG adalah pemangkin untuk meransang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknopen dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah(PSS). Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falsafah Pendidikan Negara. PKG juga dijadikan pusat perkembangan profesional untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

Matlamat:
Selaras dengan konsep penubuhannya, matlamat PKG adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara.

Objektif:
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru teknopen.
  • Mengumpul dan menyebar maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah.
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah(PSS).
  • Membantu dalam menghasil bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.
Prasarana:
  • Bilik Pegawai Teknologi Pendidikan
  • Kaunter Pembantu Tadbir
  • Meja Bantuan Juruteknik
  • Makmal Komputer
  • Perpustakaan
  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik Seminar
  • Bilik Stor
  • BilikCetakan
  • Ruang Makan
Peranan:
  • Pusat Kegiatan Ikhtisas dan kurikulum
  • Pusat Sumber
  • Pusat Kegiatan Sosial
  • Agen perubahan
Perkhidmatan:
  • Khidmat Bantu PSS
  • Rakam Salin
  • Dokumentasi
  • Pinjaman Alat Siaraya
  • Rujukan dan Pinjaman Buku
  • Pinjaman Bahan P&P
  • Mengendalikan dan Mengelolakan Bengkel
  • Penerangan dan Khidmat Nasihat
  • Jaringan Internet
Pengoperasian PKG
PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN) dan Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP). Kecemerlangan pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang tinggi daripada Jawatankuasa Kerja dengan konsep kerja berpasukan dan rasa kesepunyaan terhadap PKG.

Fungsi-fungsi PKG

1.Memantau, Menyelaras, Menilai dan Memberi Khidmat Bantu PSS dan program gerakan membaca di  sekolah.
  • Pemantauan PSS
  • Khidmat Bantu PSS
  • Bengkel PSS
  • Bengkel Teknologi Pendidikan
  • Mesyuarat Pengurusan program untuk Guru Perpustakaan dan Media(GPM)
  • NILAM
2.Memantau, Menyelaras, Menilai dan Memberi Khidmat Bantu pelaksanaan program ICT di sekolah.
  • Support Ticketing System (STS)
  • Indeks Kualiti Pusat Sumber Sekolah (iQ-PSS)
  • Smart School Qualification Standards (SSQS)
  • Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)
  • Makmal Komputer
  • Schoolnet
  • Pusat Akses
  • PPSMI
  • Aplikasi ICT
  • Inisiatif ICT
  • Konfigurasi rangkaian
3.Memberi Perkhidmatan meja bantuan aras 3 kepada sekolah.
  • Perkakasan
  • Perisian
4.Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan.
  • iQ-PSS
  • SPPICTS
  • SSQS
  • Data NILAM
  • Penggredan PSS
  • Latihan Sumber Manusia (Latihan)
5.Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.
  • Bahan Cetak
  • Bahan Bukan Cetak
6.Melaksanakan, Menyebar, Mempromosi dan Menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.
  • Rakam salin DVD/VCD/CD
  • Poster
  • Brosur
  • Kalendar Aktiviti
  • Buletin
  • Bahan Cetak
  • Bahan Bukan Cetak
  • Mesyuarat Permuafakatan
  • Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Aktiviti PKG